Monday 26 January 2009

Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM Parlimen Pokok Sena

Apakah yang dimaksudkan Pasukan Sukarelawan Al Falah YADIM Parlimen Pokok Sena ?


Pasukan Sukarelawan Al Falah YADIM Parlimen Pokok Sena merupakan pasukan sukarelawan yang sentiasa bersiap sedia melibatkan diri dalam kegiatan kegiatan kemasyarakatan dan keugamaan.


Mengapa Pasukan Sukarelawan Al Falah Parlimen Pokok Senaditubuhkan?

Pasukan ini ditubuhkan selepas ahli ahlinya mengikuti kursus kesukarelaan yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.Ahli ahli nya merasai perlu ditubuhkan pasukan ini untuk melibatakan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keugamaan secara berjadual diparlimen Pokok Sena.

Siapa yang boleh menjadi ahli pasukan ini?

Semua bekas peserta kursus kesukarelaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Layak menjadi ahli paasukan ini, Mereka boleh menjadi ahli di unit Sukarelawan Al Falah di tempat masing masing. Setiap unit hendaklah mempunyai15 orang ahli.Ini bermakna Pasukan Sukarelawan Alfalah wujud berasaskan gabungan unit unit sukarelawan Al Falah tempatan.
Apakah dikenakan apa apa bayaran yuran?

Tidak dikenakan apa apa bayaran yuran.Hanya semangat dan rasa Kesukarelaan yang diperlukan.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Urusetia Pasukan Sukarelawan Al Falah YADIM Parlimen Pokok Sena seperi berikut:-

PUSAT KHIDMAT KOMUNITI PARLIMEN POKOK SENA
Batu 4 ¼ Jalan Hutan Kampung
O5350 Alor Setar Kedah.
Telefon : 04-7142916 atau 0194508509 (Maryani) 012-4318648(Said Man)

PDK Pokok Sena

Apakah yang dimaksudkan dengan PDK Pokok Sena?

PDK Pokok Sena adalah sebuah institusi pemulihan kanak kanak OKU di bawah JKM.Fungsinya memberi pemulihan kanak kanak OKU bersama Tenaga Pengajar dari JKM,ibu bapa dan komuniti setempat secara bersepadu.

Mengapa PDK Pokok Sena diwujudkan?

PDK Pokok Sena diwujudkan kerana ramai kanak kanak OKU dan lembab pelajaran dalam parlimen Pokok Sena tidak dapat belajar di sekolah biasa kerana kekangan kecacatan serta lembab pembelajaran.



Kanak Kanak OKU yang mana boleh diterima masuk ke PDK Pokok Sena?

Semua kanak kanak OKU berumur 5 tahun ke atas yang berkeupayaan dan boleh
Bergerak diberi latihan di pusat(Centre Based).Bagi kanak kanak OKU yang tidak berkeupayaan pergerakan diberi latihan/pemulihan di rumah (Home based)



Bagaimana Sistem Pembelajaran di PDK Pokok Sena?

Seperti sekolah biasa,jadual latihan/pemulihan 5 hari seminggu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.Hari Ahad hingga selasa latihan/pemulihan diadakan di pusat.Hari Rabu untuk kanak kanak OKU spastic manakala hari khamis latihan/pemulihan dirumah.(Lawatan ke rumah).


Apakah Faedah yang boleh diperolehi oleh kanak kanak/penjaga daripada PDK ini?

Yang utamanya ialah komitmen keluarga..Keluarga akan b ersama sama tenaga pengajar dan komuniti tempatan memberi pemulihan kepada anak anak OKU mereka.Program dijayakan secara kerjasama.Ibu bapa/keluarga mendapat pengalaman dan pendedahan mendidik anak anak OKU.Jabatan Kesihatan juga sering memberi khidmat nasihat kepada PDK Pokok Sena. Kanak kanak yang mengikuti program di PDK ini menerima elaun bulanan RM 150 sebulan.


Untuk maklumat lanjut mengenai PDK Pokok Sena sila hubungi:-

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) POKOK SENA
No: 81 Jalan Sena
Taman Bandar Baru Pokok Sena
06400 Pokok Sena
Telefon : 012-4318648 (Said –Pengerusi) 019-5936946(Sakirah-Penyelia)

PPOC Daerah Kubang Pasu

Apa itu Persatuan Pemulihan Orang Cacat Daerah Kubang Pasu?

Persatuan Pemulihan Orang Cacat (PPOC) Daerah Kubang Pasu sebuah NGO Kebajilkan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri Kedah di mana keahliannya terbuka kepada OKU dan bukan OKU seluruh Negeri Kedah.


Mengapa PPOC Daerah Kubang Pasu ditubuhkan?

Untuk menyatupadukan semua OKU khasnya OKU anggota dalam Negeri Kedah sama sama menikmati arus pembangunan Negara dan mempastikan mereka mendapat peluang dan kesempatan yang sama dengan bukan OKU


Apakah Kegiatan/Aktiviti yang dijalankan?


Aktiviti khusus ialah mewujudkan Bengkel Jaya Diri Tunjang yang memberi peluang pekerjaan kepada pekerja OKU wanita menjalankan aktiviti jahitan pakaian sekolah,bag sekolah dan lain lain aktiviti kraftangan.

Aktiviti sampingan merujuk kepada kegiatan sosial dan kemasyarakatan seperti majlis perjumpaan,seminar,kursus,perjumpaan hari raya,sambutan awal muharam,lawatan sambil belajar,sukan dan lain lain.



Dari mana PPOC Daerah Kubang Pasu mendapat dana?

PPOC Daerah Kubang Pasu mendapat geran tahunan,geran khas dan geran perkapita daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Disamping itu Bengkel Jaya Diri Tunjang mendapat kewangan hasil kontrak membuat pakaian dan bag dan lain lain kraftangan .Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran Kedah dan Perlis merupakan pelanggan tetap bengkel ini.



Untuk keterangan lanjut mengenai PPOC dan Bengkel Jaya Diri Tunjang boleh dihubungi melalui alamat berikut:-


Persatuan Pemulihan Orang Cacat Daerah Kubang Pasu
Bengkel Jaya Diri Tunjang
Batu 16 ¼ Jalan Kodiang Tunjang
06000 Jitra Kedah Telefon dan Fax 04-9291022 (Cik Hasni /Cik gu Ramli)

Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah

Apa kah yang dikatakan Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah?

Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Kedah.Ditubuhkan oleh ahli ahli 4B Negeri Kedah yang berumur 41 tahun ke atas.

Mengapa Gagasan 4B Gemilang ditubuhkan?

Gagasan 4B Gemilang ditubuhkan kerana mulai tahun 2008 Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dikuatkuasakan yang menggariskan ahli dan pemimpin belia mesti berumur 40 tahun kebawah.Oleh kerana ramai ahli dan pemimpin 4B yang beusia 41 tahun ke atas masih aktif dan sayang kepada 4B maka wujudlah Gagasan 4B Gemilang.

Apakah ianya tidak bercanggah atau bersaing dengan Gerakan Belia 4B Negeri Kedah?

Umur Ahli Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah 41 tahun ke atas manakala umur ahli belia 4B adalah 15 tahun hingga 40 tahun mengikut dasar belia Negara.4B Gemilang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) manakala Gerakan Belia 4B berdaftar dengan Pendaftar Persatuan dan Pembangunan Belia KBS(ROY).Jadi ianya tidak bercanggah atau bersaing

Apakah Fungsi atau Peranan Gagasan 4B Gemilang?

Seperti lain lain NGO 4B Gemilang bermatlamat menyatupadukan semua bekas ahli belia 4B Negeri Kedah yang berusia 41 tahun keatas untuksama sama menolong Bantu antara satu sama lain disamping melahirkan perasaan kasih dan muhibbah.Disamping itu ia juga boleh berfungsi sebagai penasihat atau penaung kepada Gerakan Belia 4B diperingkat Negeri,Parlimen atau pun cawangan.

Apakah jenis kegiatan atau aktiviti yang dijalankan olehGagasaan 4B Gemilang?

4B Gemilang memfokuskan kegiatan kemasyarakatan serta keugamaan sebagai kegiatan utama.Langkah pertama ialah membuat lawatan kepada bekas pemimpin 4B yang lama dan uzur serta berinteraksi dengan mereka.Lawatan ini cukup mustahak kea rah merapatkan silaturahim.Langkah kedua ialah mengadakan program Jasamu Dikenang dimana akan diadakan majlis jamuan muhibbah dan perpaduan dengan menjemput semua
bekas pemimpin 4B dengan penganugerahan Sijil atau sumbangan terhadapat khidmat mereka yang lalu. Langkah ketiga ialah mencari dana menolongbantu anak anak bekas pemimpin 4B yang berjaya dalam pelajaran dan ingin melanjutkan pelajaran.Langkah keempat ialah mengenalpasti ibu ibu tunggal,orang miskin,OKU warga emas dll yang perlukan bantuan serta pertolongan dengan merujuk mereka kepada agensi yang relevan.


Bagaimana hendak menghubungi Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah?

Gagasan 4B Gemilang boleh dihubungi menerusi alamat berikut:-

GAGASAN 4B GEMILANG NEGERI KEDAH
No 34 Tingkat Atas Bangunan Gerakan Belia 4B Negeri Kedah
Taman Koperasi Jalan Tun Abd Razak
05200 Alor Setar,Kedah. Telefon dan Fax 04-7342039

YAKED- pengenalan

Apa itu YAKED?

YAKED adalah sebuah Pertubuhan Kebajikan Sukarela yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Dahulu dikenali sebagai ROC.YAKED diilhamkan oleh YB Dato Seri DiRaja Mahadzir Khalid pada tahun 1995.Apabila beliau menjadi MB Kedah pada tahun 2005, dengan kerjasama TuanHaji Johari Bakar YAKED diaktifkan sehingga sekarang.

Apa kah fungsi YAKED?

Sebagai sebuah NGO Kebajikan YAKED berfungsi mengenal pasti penduduk penduduk diNegeri Kedah yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar tanpa mengira etnik atau fahaman politik.Pendapatan KIR (Ketua Isi Rumah)dengan 4 orang tanggungan sebanyak RM 500 sebulan dikategori sebagai MiskinTegar Manakala pendapatan RM 500 hingga RM 650 sebulan dikira Miskin.Kadar pendapatan KIR dikenalpasti menerusi
Kerjasama pemimpin politik,pemimpin NGO tempatan juga menerusi program TURUN KE PADANG oleh staf YAKED sendiri

Apakah jenis bantuan atau perkhidmatan yang disumbangkan oleh YAKED?

Sejak diaktifkan pada tahun 2005 hingga sekarang YAKED telah memberi bantuan /perkhidmatan seperti berikut:-


Bantuan Bungkusan Makanan (Food Basket) kepada miskin dan miskin tegar yang berdaftar.

Bantuan Pendidikan kepada anak anak ibu tunggal yang berjaya masuk IPTA

Bantuan Modal dan alat perniagaan kecil kepada ibu ibu tunggal

Bantuan Membina/baik pulih rumah miskin tegar/miskin termasuk api/airi n

Bantuan alat tiruan / perbelanjaan rawatan perubatan

Bantuan Segera kepada mangsa bencana alam yang dikira sebagai Miskin Segera akibat
Bencana

Bagaimana YAKE D mendapat sumber kewangan?

Sumber kewangan YAKED bergantung kepada sumbangan tokoh tokoh koperat.,badan badan perniagaan swasta dan juga orang orang persaorangan.Oleh kerana YAKED sebuah NGO Kebajikan maka setiap sumbangan dikecualikan daripada Cukai Pendapatan. Sehingga kini YAKED belum menerima sumbangan daripada kerajaan samada Kerajaan Negeri atau Perekutuan

Apakah Halatuju atau Matlamat Sebenar YAKED?

Halatuju atau natlamat sebenar YAKED ialah MISKIN TEGAR SIFAR MENJELANG 2015.


Adakah .YAKED yakin dengan halatuju ini ?

Insya Allah dengan kerjasama SEMUA PIHAK YAKED yakin halatuju ini berjaya


YAKED boleh dihubungi melalui alamat berikut:-

YAYASAN KEMISKINAN DARULAMAN (YAKED)
106 Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Persiaran Sultan Abdul Hamid
05050 Alor Setar,Kedah (Tel:04-7728820/21 Fax 04-7728819 )

Monday 19 January 2009

DAH TERLALU LAMA BINCANG

Isu Kemiskinan tegar telah lama diperkatakan. Sudah 52 tahun kita merdeka.Mengapa masih ada lagi miskin tegar?.kita hanya banyak bercakap,berdiskusi berforum tetapi hingga kini isu kemiskinan tegar masih menjadi topic perbincangan..

WUJUD PULA Ekasih,E Sinar yang kononnya nak basmikan miskin tegar.Sampai bila nak berdiskusi,nak berbincang dan nak berseminar?

Pokok pangkalnya sikap Establishment,sikap top management. Kita banyak membazir wang untukacara perasmian itu dan ini Kita banyak focus kepada acara sambutan itu dan ini daripda memberi pengkhususan kepada agenda basmi kemiskinan.Banyak wang dikeluarkan untuk rasmi hari peladang, hari ternak, hari OKU, hari Wanita dll.Wang banyak dibazirkan.Mengapa?.Sedangkan di Sik, Baling,Tumpat,Pekan dan Kepala Batas sendiri ada orang miskin tegar.Apa tindakan kita? Masih bebincang,masih berdiskusi.Rakyat Miskin wajib ditolong.Mereka juga komposisi masyarakat.

Ayoh rakyat Malaysia yang saya kasihi. Mari kita sama sama membantu membasmi miskin tegar.Jangan kira ideology politik. Jangan tunggu dekat PRU baru kita nak bangun Bantu basmi miskin tegar.Itu hanya sandiwara politik.Terlalu banyak sandiwara yang nyata merugikan RAKYAT.Tokoh tokoh koperat,jutawan jutawan tolong lah bangun untuk menolong. Jangan harap 100 peratus kepada kerajaan. Basmi Miskin Tegar adalah SOSIAL OBLIGATION bagi semua orang.

Di Kedah ada YAYASAN KEMISKINAN DARULAMAN(YAKED). Seramai 2415 miskin dan 1205 Miskin Tegar telah berdaftar dengan YAKED. Progam bantuan segera makanan,bantuan pendidikan,bantuan perniagaan kecil,bantuan baikpulih rumah dilancarkan. YAKED adalah NGO Kebajikan. Tiada tabungan daripada kerajaan negeri atau persekutuan. Cuma bergantung kapada sumbangan Syarikat-syarikat, tokoh tokoh koperat yang sudi membantu. Kami merayu semua pihak agar sudi menyumbang. Setiap sumbangan dikecualikan daripada Cukai Pendapatan. tabungan daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

YAKED boleh dihubungi melalui alamat 106 Tingkat Bawah Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid Persaiaran Sultan Abdul Hamid 05050 Alor Star Kedah.Telefon o4-7728820/21.atau FAX 04-7728819.
Moto YAKED “MENJELANG MISKIN TEGAR SIFAR 2015 “
--Said Man Pengurus Besar YAKED -

CACAT BUKAN HALANGAN

Tidak ku minta lahir ke dunia.Tidak ku minta cacat jadinya.Tapi ini adalah anugerah Allah SWT.ALLAH MAHA mengetahui segala galanya.Setiap kelahiran ada hikmahnya.Kita semua kena terima.

Jangan pinggirkan OKU.OKU bukan kumpulan serpihan..OKU juga komposisi masyarakat yang bersama sama befungsi membangun Negara.Malangnya falsafah ini belum diterima sepenuhnya..Telah lama diwarwarkan bahawa satu peratus pekerja sector awam dan swasta mesti OKU.Namun polisi ini masih belum dilaksanaKenapa?Apakah masih belum ada keyakinan terhadapOKU? Adakah OKU tidak produktif? Masih ramai OKU yang berizajah masih terpinga pinga mencari pekerjaan.Apa fungsi Agensi yang relevan? JKM,JTK hai apa dah jadi.Kita perlukan Anjakan Bukan anjakan kenaikan gaji dan pangkat pegawai dan kakitangan agensi yang dipertanggungjawabkan.

Kini ditubuhkan pula Jabatan Pembangunan OKU di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Buat apa? Sedangkan begitu lama dalam JKM OKU masih ditakuk lama.OKU masih tercari cari,terpinga pinga ke arah mana mereka. OKU bukan perlukan simpati yang membuta tuli, mereka perlukan ruang dan kesempatan.Mereka perlukan pengiktirafan.

Baru baru ini KPWKM Malaysia menawarkan elaun RM150 sebulan kepada OKU.Apa ini? Apakah maruah OKU boleh dibeli dengan RM150 sebulan. Cukup menghairankan.Apakah dengan RM 150 sebulan boleh menutup mata OKU sedangkan
Orang normal lain mendapat habuan yang beribu ganda.Cukup pelik dan ajaib.

Di Malaysia ada Pemulihan Dalam Komuniti atau nama reingkasnya PDK.PDK adalah
institusi latihan harian untuk kanak kanak OKU.Fungsinya sangat baik jika benar benar
dimanfaatkan. Kita tidak mahu hanya MELEPAS BATUK DI TANGGA. Biarlah PDK ini benar benar menfaatkan OKU. Staf yang dilantik oleh JKM hendaklah komited. Jangan biarkan PDK seolah olah ZOO tempat latihan dan menjadi tempat kunjungan pelawat. Di Pokok Sena Kedah juga ada PDK. Saya selaku pengerusi amat berharap PDK ini mendapat perhatian JKM. Peruntukan yang diberikan hendaklah dipergunakan dengan sebenar benarnya untuk OKU. Jangan pula dipesongkan. Adalah satu DOSA yang besar jika hak OKU disalahgunakan. JKM pusat hendaklah PEKA dalam hal ini.


Kepada ibubapa yang ada anak OKU boleh hubungi PDK Pokok Sena menerusi alamat No 81 Jalan Sena Taman Bandar Baru Pokok Sena 06400 Pokok Sena Kedah.Atau melalui telefon 012 4318648 (Said Man –Pengerusi) atau 019-59369469 (Sakirah-Penyelia) ----SAID MAN Pengerusi PDK Pokok Sena Kedah.