Monday 19 January 2009

MENGAPA BELIA TERJEBAK

Isu belia terjebak dalam kancah gejala social merupakan isu lama yang belum pernah ada penyelasaiannya. Keterlibatan belia dalam gejala social bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Di Britain misalnya remaja telah begitu lama terjebak dalam gejala free sex.Sejak begitu lama remaja di Britain mengamalkan Sex Bebas sebagai Way Of Life.Kalau kita berjalan jalan disekitar Kota London khasnya ditempat tempat rekreasi seperti di St James Park,Hyper Park kita lihat pergaulan bebas oleh remaja menjadi perkara biasa.

Di Britain kini cuba diperkenalkan Sex Education di kalangan pelajar primary school,iaitu bagi pelajar berusia 7-10 tahun. Ini disebabkan remaja berumur 12 tahun ke atas telah melakukan hubungan sex bebas dan menjadi amalan biasa..Ini cukupbahaya.

Kita di Malaysia kena waspada. Gejala ini kena disekat. Filem filem berunsur blue perlu disekat. Kita perlu realisasikan subjek Sex Education segera. Kementerian Pelajaran perlu

Laksana program ini segera. Kita tidak mahu Sudah Terantuk Baru Tengadah. Remaja

ini akan membesar dan akan menjadi belia.

Tugas ini juga perlu dipikul oleh pertubuhan belia.oleh pemimpin belia.Walau pun umur pemimpin belia sekarang adalah dibawah 40 tahun mengkut Dasar Belia Negara, kita pemimpin berusia 40 tahun ke atas tidak boleh berlepas tangan. Kita rasa dukacita bila KBS(Kementerian Belia dan Sukan) mengatakan Masalah Belia biarlah BELIA yang selesaikan. Apakah peranan kita tidak perlu. Masalah belia adalah tanggungjawab bersama. Justeru jangan prasangka terhadap mengatakan Masalah Belia biarlah BELIA yand selesaikan. Apakah peranan kita tidakperlu.Masalah belia adalah tanggungjawab bersama. Justeru jangan prasangka terhadap peranan pemimpin belia berusia 40 tahun ke atas.

Kita sedih bila belia dipimpin oleh belia berusia bawah 40 tahun tidak menampakkan kesungguhan. Program belia disusun atur oleh Jabatan Belia bukan oleh Persatuan Belia kerana pemimpin belia tiada upaya dan tidak kemampuan. Mungkin tiada pengalaman.


Kini isu belia tejabak dalam kegiatan kurang sihat terlalu ketara. Ketagihan alkohol, ketagihan dadah dan lumba motorsikal haram menjadi agenda utama belia.Tiada lagi kursus kepimpinan,kem motivasi, kemah ibadat, kemah kerja yang dianjurkan. Bukankah menerusi program ini akan menghindarkan belia dari terjebat dengan gejala social.Kita cukup sedih dengan suasana ini. Kini di Malaysia pembunuhan sudah menjadi perkara biasa. Rogol,pergaduhan dll menjadi topic utama dibincang diakhbar. Sungguh sedih…..

Kepada kawan kawan yang berumur 41 tahun ke atas mari kita bangkit semula.Walaupun umur kita 40 tahun ke atas,kita boleh join Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah. Kita sama-sama bersatu menganjurkan program menolongbantu remaja atau belia yang bermasalah. Remaja lepak, hidu gam, remaja Mat Motor, remaja penagih daun ketumbukan orang lain. Mereka mungkin anak saudara atau adik beradik kita. Jangan lepas tangan.4B gemilang Negeri Kedah akan sentiasa menganjurkan program ke aarah menolongbantu belia kerana masalah belia masalah kita bersama.

Sila hubungi:

Urusetia 4B Gemilang Negeri Kedah

No 34 Tingkat Atas Bangunan 4B Negeri Kedah

Taman Koperasi Jalan Tun Abd Razak

05200 Alor Setar Kedah.

Nombor telefon /Fax 04-7342039

---Said Man YDP Gagasan 4BGemilang Negeri Kedah

No comments: