Monday 26 January 2009

Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah

Apa kah yang dikatakan Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah?

Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Negeri Kedah.Ditubuhkan oleh ahli ahli 4B Negeri Kedah yang berumur 41 tahun ke atas.

Mengapa Gagasan 4B Gemilang ditubuhkan?

Gagasan 4B Gemilang ditubuhkan kerana mulai tahun 2008 Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia dikuatkuasakan yang menggariskan ahli dan pemimpin belia mesti berumur 40 tahun kebawah.Oleh kerana ramai ahli dan pemimpin 4B yang beusia 41 tahun ke atas masih aktif dan sayang kepada 4B maka wujudlah Gagasan 4B Gemilang.

Apakah ianya tidak bercanggah atau bersaing dengan Gerakan Belia 4B Negeri Kedah?

Umur Ahli Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah 41 tahun ke atas manakala umur ahli belia 4B adalah 15 tahun hingga 40 tahun mengikut dasar belia Negara.4B Gemilang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) manakala Gerakan Belia 4B berdaftar dengan Pendaftar Persatuan dan Pembangunan Belia KBS(ROY).Jadi ianya tidak bercanggah atau bersaing

Apakah Fungsi atau Peranan Gagasan 4B Gemilang?

Seperti lain lain NGO 4B Gemilang bermatlamat menyatupadukan semua bekas ahli belia 4B Negeri Kedah yang berusia 41 tahun keatas untuksama sama menolong Bantu antara satu sama lain disamping melahirkan perasaan kasih dan muhibbah.Disamping itu ia juga boleh berfungsi sebagai penasihat atau penaung kepada Gerakan Belia 4B diperingkat Negeri,Parlimen atau pun cawangan.

Apakah jenis kegiatan atau aktiviti yang dijalankan olehGagasaan 4B Gemilang?

4B Gemilang memfokuskan kegiatan kemasyarakatan serta keugamaan sebagai kegiatan utama.Langkah pertama ialah membuat lawatan kepada bekas pemimpin 4B yang lama dan uzur serta berinteraksi dengan mereka.Lawatan ini cukup mustahak kea rah merapatkan silaturahim.Langkah kedua ialah mengadakan program Jasamu Dikenang dimana akan diadakan majlis jamuan muhibbah dan perpaduan dengan menjemput semua
bekas pemimpin 4B dengan penganugerahan Sijil atau sumbangan terhadapat khidmat mereka yang lalu. Langkah ketiga ialah mencari dana menolongbantu anak anak bekas pemimpin 4B yang berjaya dalam pelajaran dan ingin melanjutkan pelajaran.Langkah keempat ialah mengenalpasti ibu ibu tunggal,orang miskin,OKU warga emas dll yang perlukan bantuan serta pertolongan dengan merujuk mereka kepada agensi yang relevan.


Bagaimana hendak menghubungi Gagasan 4B Gemilang Negeri Kedah?

Gagasan 4B Gemilang boleh dihubungi menerusi alamat berikut:-

GAGASAN 4B GEMILANG NEGERI KEDAH
No 34 Tingkat Atas Bangunan Gerakan Belia 4B Negeri Kedah
Taman Koperasi Jalan Tun Abd Razak
05200 Alor Setar,Kedah. Telefon dan Fax 04-7342039

No comments: