Monday 26 January 2009

PDK Pokok Sena

Apakah yang dimaksudkan dengan PDK Pokok Sena?

PDK Pokok Sena adalah sebuah institusi pemulihan kanak kanak OKU di bawah JKM.Fungsinya memberi pemulihan kanak kanak OKU bersama Tenaga Pengajar dari JKM,ibu bapa dan komuniti setempat secara bersepadu.

Mengapa PDK Pokok Sena diwujudkan?

PDK Pokok Sena diwujudkan kerana ramai kanak kanak OKU dan lembab pelajaran dalam parlimen Pokok Sena tidak dapat belajar di sekolah biasa kerana kekangan kecacatan serta lembab pembelajaran.



Kanak Kanak OKU yang mana boleh diterima masuk ke PDK Pokok Sena?

Semua kanak kanak OKU berumur 5 tahun ke atas yang berkeupayaan dan boleh
Bergerak diberi latihan di pusat(Centre Based).Bagi kanak kanak OKU yang tidak berkeupayaan pergerakan diberi latihan/pemulihan di rumah (Home based)



Bagaimana Sistem Pembelajaran di PDK Pokok Sena?

Seperti sekolah biasa,jadual latihan/pemulihan 5 hari seminggu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.Hari Ahad hingga selasa latihan/pemulihan diadakan di pusat.Hari Rabu untuk kanak kanak OKU spastic manakala hari khamis latihan/pemulihan dirumah.(Lawatan ke rumah).


Apakah Faedah yang boleh diperolehi oleh kanak kanak/penjaga daripada PDK ini?

Yang utamanya ialah komitmen keluarga..Keluarga akan b ersama sama tenaga pengajar dan komuniti tempatan memberi pemulihan kepada anak anak OKU mereka.Program dijayakan secara kerjasama.Ibu bapa/keluarga mendapat pengalaman dan pendedahan mendidik anak anak OKU.Jabatan Kesihatan juga sering memberi khidmat nasihat kepada PDK Pokok Sena. Kanak kanak yang mengikuti program di PDK ini menerima elaun bulanan RM 150 sebulan.


Untuk maklumat lanjut mengenai PDK Pokok Sena sila hubungi:-

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) POKOK SENA
No: 81 Jalan Sena
Taman Bandar Baru Pokok Sena
06400 Pokok Sena
Telefon : 012-4318648 (Said –Pengerusi) 019-5936946(Sakirah-Penyelia)

1 comment:

GURU_CIKGU said...

Assalamualaikum,

Salam hormat tuan. Moga usaha dan sokongan yang diberikan mendapat keberkatan Ilahi.